Iklan... Iklan

Terbaru !!

Koleksi Unggul

Korean Fashion

Tuesday, 28 May 2013

Koleksi Terbaru Telah Tiba!!


Dapatkan koleksi terbaru untuk HARI RAYA anda.


Sunday, 26 May 2013

Korean Fashion Dah Sampai............



Dapatkan pelbagai pilihan Korean Fashion dari Koleksi Kami ...

Pelbagai corak, style, warna serta design yang boleh anda pilih pada harga yang sangat berpatutan...

Layari http://hafsahboutiquekoleksi.blogspot.com/ untuk melihat koleksi kami & Tempahan. 

Wednesday, 22 May 2013

Tips : Pilih Tudung Sesuai dengan Bentuk Wajah




Ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain dan kadang-kadang nampak PELIK apabila dipakai. Jom ketahui jenis tudung yang sesuai untuk wajah anda.


Bentuk wajah bujur

FEEL FREE... Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.


Bentuk Muka Petak


Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.

Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan seperti Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.




Bentuk muka panjang



Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.



 Bentuk muka segi tiga


Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.



Bentuk muka bulat


Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.





Pilih tudung sesuai dengan anda di http://hafsahboutiquekoleksitudung.blogspot.com/

 

Tuesday, 21 May 2013

Tips : Tudung Ombak Rindu



Cara-cara pemakaian:

 1- Pakai anak tudung tutup leher. Kemudian, ambil selendang dan letakkan di atas kepala. Pastikan kedua belah selendang sama panjang. Seterusnya, bawa selendang kanan ke belakang leher.

 2- Dari belakang leher, tarik selendang tadi ke bahu kiri.

 3- Berikutnya, bawa selendang tersebut ke sisi pipi kanan dan pinkan dengan kemas.

 4- Untuk lebih kemas, boleh juga pinkan selendang pada pipi kiri.

 5- Untuk tidak membiarkan selendang sebelah kiri ‘kosong’, boleh letakkan reben comel sebagai aksesori tambahan.



Sumber :- http://dara.karangkraf.com/tips-info/

Monday, 20 May 2013

G.E.M.U.K ~~~>> Stress @ Tak Kisah?






Stress x tgk statement mcm kat atas ni? bagi sesiapa yang mempunya masalah KeGEBUan atau KeGEMUKan, mesti ada perasaan sikit sentap kan...

Masalah - Masalah yang selalu kena hadap kalau ada masalah berat badan ni :-

1- Susah nak cari baju sesuai...asal fesyen baru, trend moden mesti xde size, xmuat..
2- Stress kalau tgk member2 kurus
3- Nak diet tapi slalu xberjaya.. 3 bulan turun 1/2 kg je.. pastu stress.. makan byk2 balik
4- " dik, kain 4 meter ni xcukup" ayat akak tukang jahit time tempah baju raya
5- Kwn2 duk promote produk kurus.. tension sebab slalu jadi testimoni tapi tak berjaya2 pun kurus
6- Bila naik kereta dgn org, then kereta senget, mesti semua pandang...
7- Serba salah nak tulis berat badan dalam form
8- Kena bebel ngan nurse or doc time check up kat hospital

and mcm2 lagi lah kena hadap.. Tapi kat Malaysia je masalah mcm ni jd.. cer tgk negeri omputih or arab.. semua pun besar2.. confident je diorang.

So, xpayah la nak stress sgt ngan bentuk badan kita. gemuk ker, kurus ker, yang penting tak menyusahkan org n beli makann pun bukan pakai duit dia.. heheh

Dah byk fesyen untuk org badan besar sekarang,. google jek.. online store melambak2.. so, xpayah pening2.. hiburkan hati, senangkan diri... biar xcantik di mata manusia, tapi mulia di hadapan Yang Esa.






Tips Menutup Aurat




1. TAHU


Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.


2. SEDAR




Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.


3. SYIAR


Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.


4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”


5. ASINGKAN


Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.


6. MALU


Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.


7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.


8. EKSKLUSIF


Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.


9. BANYAK MANFAAT


Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.


Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??

” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

Sumber : http://harianislam.com 

Tuesday, 14 May 2013

Pakej Pertunangan Hafsah Boutique

Pakej Pertunangan JIMAT & MURAH 2013


Untuk Tempahan sila hubungi :-

Shaqila ( 013 -9491008 ) Call/SMS/Whatsapp

Click Here